Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lapangan terbang Stockholm diganggu dron sekali lagi

    STOCKHOLM, 10 SEPT – Trafik udara di lapa-ngan terbang Arlanda, Stockholm ditangguh untuk malam kedua berturut-turut kelmarin, selepas sebuah dron kelihatan di atas landasan, menurut Pentadbiran Penerbangan Awam Sweden.

    Seorang pengawal keselamatan memaklumkan kepada kawalan trafik udara sekitar pukul 10 malam, kata Daniel Ackermann, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Awam Sweden kepada AFP.

    Ackermann menambah bahawa gangguan itu menyebabkan kelewatan kira-kira 15 hingga 20 minit untuk beberapa penerbangan, di mana trafik disambung semula selepas itu.

    Gangguan tersebut berlaku kurang sehari selepas trafik di Arlanda dihentikan hampir dua jam selepas empat dron memasuki ruang udara lapangan terbang pada awal pagi kelmarin.

    Pelepasan dan pendaratan dihentikan antara jam 2 pagi hingga 3:40 pagi kelmarin, menjejaskan lima penerbangan, kata pengendali lapangan terbang, Swedavia kepada AFP.

    Penerbangan-penerbangan itu sama ada dialihkan ke lapangan terbang lain atau ditangguhkan.

    Jurucakap polis, Daniel Wikdahl memberitahu media Sweden kelmarin bahawa mereka mengesyaki ‘ia adalah tindakan sengaja, tetapi saya tidak dapat mengatakan apa motifnya.’ – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda