SEATTLE, 1 Mac – Pihak berkuasa lapangan terbang dan peguam hak asasi manusia di seluruh Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menghadapi pengumuman sekatan perjalanan oleh Presiden Donald Trump, yang dijangka dikeluarkan lewat hari ini.
Ia berikutan suasana huru-hara yang dicetuskan oleh perintah eksekutif sebelum ini, namun, pada masa sama, semua pihak berharap versi terbaru sekatan perjalanan itu akan dilaksanakan dengan lebih teratur.
Draf sekatan perjalanan itu mencadangkan tindakan sama diambil terhadap rakyat dari enam daripada asalnya tujuh negara majoriti Islam yang dikuatkuasakan sebelum ini dengan pengecualian kepada mereka yang sudah mempunyai visa ke AS, draf terbaru AS yang diedarkan tiada memasukkan Iraq.
Sejak bulan lalu, yang mahkamah telah tangguhkan, sebahagian kawasan balai ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di luar Washington, berubah wajah menjadi firma guaman maya, apabila sukarelawan undang-undang bersedia menanti ketibaan pelancong dari semua negara terbabit bagi menghadapi kemungkinan mereka ditahan sebaik tiba di AS.

Langkah sama turut dilaksanakan di lapangan terbang lain termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, apabila pihak berkuasa menyediakan pelan tindakan bagi mengawal orang ramai yang membanjiri kawasan tuntutan bagasi untuk membantah sekatan awal.
“Rancangan itu sudah pun dipersiapkan secepat mungkin,” kata Lindsay Nash, seorang profesor perundangan imigresen di Sekolah Perundangan Cardozo di New York yang telah membantu menyediakan petisyen kecemasan bagi pihak mereka yang mungkin ditahan. – AP