Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lapangan terbang utama Syria terhenti akibat serangan Israel

    DAMSYIK, 22 OKT – Serangan Israel hari ini menghentikan perkhidmatan dua lapangan terbang utama Syria yang dilanda perang, lapor media kerajaan memetik sumber tentera, dengan kementerian pengangkutan berkata penerbangan dialihkan semula ke Latakia.

    Walaupun serangan Israel telah berulang kali menyebabkan penerbangan di lapangan terbang yang dikawal kerajaan di ibu kota Damsyik dan bandar utara Aleppo, ia adalah kali kedua serangan serentak melanda kemudahan sejak konflik bulan ini antara Israel dan Hamas bermula.

    “Sekitar jam 5:25 pagi, musuh Israel melakukan serangan udara menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Damsyik dan Aleppo, yang membawa kepada kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik dan mencederakan seorang lagi,” kata sumber tentera dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita negara SANA.

    “Kerosakan material pada landasan lapangan terbang menyebabkan mereka tidak dapat digunakan,” tambah kenyataan itu. Kementerian pengangkutan berkata penerbangan dialihkan ke lapangan terbang Latakia. – AFP

    Orang ramai berarak menyokong rakyat Palestin selepas solat Jumaat di kem Yarmuk di selatan Damsyik pada 20 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...