Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu dijangka didedah bulan depan

    PUTRAJAYA, 16 JAN – Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    Beliau berkata laporan itu akan didedahkan kepada umum selepas laporan siasatan dibentang kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

    Dzulkefly berkata pasukan petugas khas bebas diketuai Tan Sri Borhan Dollah telah membuat pembentangan terakhir dan laporan berkenaan telah diserahkan kepadanya.

    “Keluarga (mendiang) memohon untuk diberikan penjelasan dan penerangan. Saya pasti akan memenuhi permintaaan keluarga (mendiang) sebelum saya mendedahkan kepada umum.

    “Itu janji saya, kita akan telus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kaca Mata bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan Murid Tahun 1 kategori B40 dan M40  hari ini.

    Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

    Pada 29 Ogos tahun lepas, kematian pakar perubatan patologi itu di kediamannya, yang didakwa akibat dibuli di tempat kerja tular menerusi media sosial. – Bernama

    Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dan Fadhlina Sidek pada sidang media di Wilayah Persekutuan Putrajaya di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda