Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laporan cuaca khas daripada kanak-kanak

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 21 MAC – Penonton televisyen di seluruh dunia akan disajikan dengan laporan cuaca khas hari ini, di mana kanak-kanak dari pelbagai negara akan menyampaikan ramalan khas tentang masa depan mereka yang terancam oleh krisis iklim.

    Dari CNN kepada France 2, dalam pelbagai bahasa termasuk Sepanyol, Arab dan Hindi, kanak-kanak berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha yang dirancang oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) dan The Weather Channel.

    “Saya Kaylee dengan laporan cuaca yang amat istimewa. Dari sana ke sini, semuanya gila,” kata Kaylee yang berusia 11 tahun kepada penonton.

    “Ini bukan sekadar laporan cuaca bagi kami. Ini adalah masa depan kami,” ujarnya.

    Sama ada cuaca dilaporkan oleh Kaylee, atau Noam atau Esteban dalam bahasa lain, peta dunia menunjukkan suhu yang terus meningkat.

    Dan ini hanya satu permulaan: ia meneruskan dengan ramalan untuk 2050, berlatarbelakangkan kebakaran dan rumah runtuh di bawah tekanan aliran sungai yang deras.

    Slot selama satu minit itu akan disiarkan di lebih 80 negara merentasi pelbagai saluran serta platform dalam talian.

    Ramalan itu akan disiarkan dalam bahasa Perancis, Inggeris, Sepanyol, Arab, Hindi, Swahili dan juga Thai dan Portugis, kata UNDP dalam satu kenyataan akhbar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda