Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laporan krisis Ukraine, pengguguran menang Hadiah Pulitzer

    NEW YORK, 9 MEI – Akhbar Washington Post, New York Times serta agensi berita AP memenangi Hadiah Pulitzer pada Isnin berdasarkan laporan mereka mengenai sekatan hak pengguguran di Amerika Syarikat (AS) dan krisis Ukraine, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Caroline Kitchener dari Post menerima anugerah kewartawanan atas laporannya mengenai seorang wanita yang melahirkan anak kembar kerana sekatan ke atas hak pengguguran di Amerika Syarikat.

    The New York Times memenangi kategori laporan antarabangsa ‘untuk liputan beraninya mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, termasuk penyiasatan selama lapan bulan mengenai kematian rakyat Ukraine di bandar Butcha’.

    AP turut menjadi pilihan juri menerusi laporan dan foto di bandar Mariupol, Ukraine – selepas organisasi berita lain meninggalkan tempat kejadian.

    AP memenangi Foto Terbaik World Press Photo tahun ini, yang berjaya memotret seorang wanita hamil yang mengalami kecederaan sedang dipindahkan dari hospital bersalin di Mariupol.

    Wanita itu dan anaknya yang masih dalam kandungan meninggal dunia akibat serangan itu.

    Hadiah Pulitzer ke-107 diumumkan oleh ketua pentadbir Marjorie Miller. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda