Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Laporan penuh nahas helikopter TLDM hari ini

    PUTRAJAYA, 29 MEI – Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengenai status terkini laporan penuh nahas dua helikopter TLDM, 23 April lalu.

    “Beliau (Mohamed Khaled) memaklumkan bahawa laporan telah siap dan akan diterbitkan esok. Nantikan pengumuman penuh hasil siasatan bahas helikopter itu,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

    Dalam tragedi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki bergesel dan terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

    Susulan kejadian itu, Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas dua helikopter terbabit. – Bernama

    Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi, Putrajaya kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...