Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laporan: Preskripsi ubat demensia Australia meningkat 46 peratus

    CANBERRA, 13 SEPT – Bilangan preskripsi ubat demensia yang dikeluarkan di Australia telah meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh 10 tahun, menurut laporan kerajaan.

    Laporan yang diterbitkan hari ini oleh Institut Kesihatan dan Kebajikan Australia (AIHW) itu menyatakan hampir 688,000 preskripsi ubat demensia telah diberikan kepada 72,400 rakyat Australia berumur 30 tahun ke atas pada tahun 2022 hingga 2023. Ia menandakan peningkatan sebanyak 46 peratus daripada 472,000 preskripsi untuk 50,800 orang pada tahun 2013 hingga 2014 ketika lebih ramai rakyat Australia mendapatkan rawatan untuk demensia, yang merupakan istilah umum untuk beberapa penyakit yang memusnahkan sel saraf dan merosakkan otak.

    Penyakit Alzheimer adalah bentuk demensia yang paling lazim, menyumbang 60 hingga 70 peratus kes di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Laporan AIHW menganggarkan terdapat 411,100 rakyat Australia yang menghidap demensia pada 2023 dan meramalkan bahawa jumlah itu akan meningkat lebih dua kali ganda kepada 849,300 menjelang 2058 apabila populasi bertambah dan semakin menua.

    Terdapat 26,300 kemasukan ke hospital akibat demensia pada tahun 2022 hingga 2023, menurut laporan AIHW peningkatan 24 peratus daripada 21,000 pada tahun 2016 hingga 2017 – dan demensia adalah punca satu daripada 11 kematian. – Xinhua

    Pengunjung menikmati bunga sakura semasa Festival Cherry Blossom Sydney 2024 di Taman Botani Auburn di Sydney, Australia, pada 19 Ogos. AIHW melaporkan preskripsi ubat demensia di negara itu meningkat 46 peratus. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda