Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laporan Rancangan Sktruktur Labuan 2040 tentukan hala tuju Labuan – Dr Zaliha

    KUALA LUMPUR, 14 JAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa kelmarin melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040 dan Kempen Kibar Bendera sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024.

    Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau berkata laporan berkenaan menjadi dokumen penting yang akan menggariskan pelbagai cadangan dasar pembangunan berkaitan perancangan fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial di Wilayah Persekutuan Labuan.

    “Secara ringkasnya, laporan itu akan menentukan hala tuju pembangunan Labuan menjelang 2040. Bagi melengkapkan laporan itu sebelum digazetkan, pandangan dan penglibatan rakyat amat penting agar Rancangan Struktur itu menjadi lebih komprehensif dan mampan,” katanya.

    Beliau berkata Perbadanan Labuan dengan kerjasama PLANMalaysia akan mengadakan sekurang-kurangnya sembilan program outreach melibatkan pemegang taruh bermula kelmarin hingga 29 Februari bagi menerangkan rancangan struktur dan mengumpul sebanyak mungkin pandangan dan hasrat rakyat.

    Dr Zaliha berkata pendekatan bottom-up berkenaan akan membolehkan Labuan dibangunkan seperti yang diinginkan dan diperlukan oleh rakyat di pulau bebas cukai itu.

    “Selepas kesemua proses pandangan awam ini diselesaikan, laporan itu akan dibentangkan semula kepada saya sebelum digazetkan selewat-lewatnya sebelum tamat suku kedua tahun 2024,” katanya. 

    Dr Zaliha juga berkata beliau mengumumkan beberapa keputusan dasar yang telah dibuat sewaktu mesyuarat semalam, antaranya keutamaan untuk menyelesaikan infrastruktur asas di Labuan bagi memastikan keselesaan rakyat. 

    Ia melibatkan tiga projek penggantian paip sepanjang 70 kilometer akan siap seawal Jun tahun ini dan selewat-lewatnya pada suku pertama 2025. – Bernama

    Dr Zaliha Mustafa (dua, kiri) membuat lawatan kerja Projek Menaik Taraf Jambatan Perkampungan Atas Air di Kampung Patau-Patau 1, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda