BERLIN, 11 FEB – Rasuah mengancam untuk ‘menghambat’ kerjasama global dalam menangani perubahan iklim, badan pengawas rasuah Transparency International memberi amaran dalam laporan mereka hari ini.
Indeks Persepsi Rasuah untuk 2024 menunjukkan bahawa banyak negara yang terlibat dalam tindakan iklim – sama ada sebagai tuan rumah sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau kerana mereka berisiko tinggi daripada peningkatan suhu mendapat skor yang rendah atau lebih teruk berbanding sebelumnya.
“Rasuah bukan sahaja membentuk tetapi sering menentukan dasar dan menjejaskan semakan dan imbangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Transparency International, Maira Martini dalam satu kenyataan. “Kita mesti segera membersihkan rasuah sebelum ia benar-benar memusnahkan tindakan iklim yang bermakna.” – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P21-3-FREEPIK-web_12022025.jpg)