Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Laporan SDG kongsi kemajuan negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Laporan Tahunan SDG Negara Brunei Darussalam bagi 2022 telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Sekretariat Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan Pembangunan yang Berdaya Tahan (SDG).

    Laporan mengongsi kemajuan negara sejajar dengan tema United Nations High-Level Political Forum on Sustainable Development (HLPF) pada 2022 iaitu Building Back Better from the Coronavirus Diseases (COVID-19) while Advancing the Full Implementation of the 2030 Agenda for Sustainable Development.

    Menurut JPM, laporan itu disediakan dengan kerjasama ahli-ahli Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDG dan Badan Bukan Kerajaan khususnya Bruwild, Sustainable Ocean Alliance dan My Action for SDG, di mana ia mengongsi pencapaian negara setakat ini adalah penting untuk membina semula dengan lebih baik bagi mendukung agenda kemampanan.

    Sumbangan daripada pelbagai pihak berkepentingan terutama badan bukan kerajaan memainkan peranan penting untuk memacu agenda mampan.

    Dengan itu, laporan berkenaan mengandungi fokus khas kepada salah satu persatuan iaitu My Action for SDG yang berperanan aktif.

    Secara keseluruhan, beberapa langkah telah dilaksanakan bagi meningkatkan lagi penyejajaran, penyelarasan dan pemantauan SDG dengan agenda kebangsaan termasuk mengukuhkan kapasiti pemantauan data dan pelan komunikasi serta perkongsian yang lebih kukuh di peringkat tempatan dan antarabangsa.

    Selaras dengan usaha itu, laporan mengetengahkan proses senegara dalam menghasilkan Voluntary National Review NBD ke-2 iaitu laporan mengenai kemajuan negara dalam melaksanakan SDG, ke HLPF pada Julai 2023.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda