Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Laporan UFO, bukan makhluk asing meningkat 510

    WASHINGTON, 13 JAN – Amerika Syarikat (AS) kini telah mengumpulkan 510 laporan mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO), kebanyakannya terbang di kawasan sensitif, ruang udara tentera.

    Walaupun tiada bukti makhluk luar angkasa, perkara itu masih menimbulkan ancaman, menurut kerajaan tersebut dalam ringkasan laporan yang didedahkan kelmarin.

    Tahun lalu, Pentagon telah membuka sebuah pejabat, Pejabat All-domain Anomaly Resolution yang bertujuan untuk menganalisis dan menerima semua laporan mengenai fenomena tidak dikenal pasti itu, yang kebanyakannya telah dilaporkan oleh juruterbang tentera.

    Ia bekerjasama dengan agensi-agensi perisikan untuk menilai lebih lanjut insiden tersebut.

    Peristiwa itu ‘terus berlaku di ruang udara terkawal atau sensitif’, menunjukkan kemungkinan adanya kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan atau aktiviti pengumpulan seteru,” menurut Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan dalam laporan 2022.

    Versi laporan sulit tersebut membincangkan berapa banyak objek tersebut ditemui berhampiran lokasi loji kuasa nuklear beroperasi atau senjata nuklear disimpan.

    Sebanyak 510 objek termasuk 144 objek telah dilaporkan sebelum ini dan 366 laporan baharu.

    Dalam kedua-dua kes lama dan baharu, selepas analisis, majoritinya telah disahkan menunjukkan ‘ciri-ciri luar biasa’ dan boleh dikarakterkan sebagai sistem pesawat tanpa pemandu atau objek seperti belon, menurut laporan itu.

    Tetapi pejabat itu juga ditugaskan untuk melaporkan sebarang pergerakan atau laporan objek yang mungkin menunjukkan musuh berpotensi mempunyai teknologi atau keupayaan baharu.

    Pejabat anomali Pentagon itu juga bertanggungjawab menilai mana-mana objek tidak dikenali yang bergerak di bawah air, udara, atau angkasa, atau sesuatu yang bergerak antara domain tersebut, yang boleh menimbulkan ancaman baharu. – AP

    Gambar fail bertarikh 2 Mac 2022 menunjukkan Pentagon. AS kini mengumpul laporan mengenai objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terbang di ruang udara dikawal tentera. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...