Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lappartient: Sokong lumba basikal wanita

    BERGEN, 22 Sept – Presiden UCI yang baru dilantik, David Lappartient meminta penganjur perlumbaan dan syarikat–syarikat televisyen untuk memberikan lebih banyak perhatian kepada lumba basikal wanita selepas dia diundi semalam.

    Lappartient menewaskan penyandang sekarang, Brian Cookson dengan kemenangan 37 undian berbanding lapan dalam kongres pertubuhan berbasikal dunia di Bergen.

    Cookson dari Britain menghasilkan perkembangan berbasikal wanita menjadi salah satu ikrar pilihannya dan Lappartient berkata dia juga akan menjadi itu keutamaannya tetapi menegaskan tanpa penganjur dan sokongan televisyen ia adalah satu persaingan yang sukar.

    “Kami memiliki beberapa perlumbaan klasik yang menarik, sebahagiannya ditayangkan secara langsung menerusi TV; kami melakukannya dengan cara yang tepat tetapi kami tidak mempunyai peringkat perlumbaan yang kukuh seperti Tour de France.

    “Tanpa perlumbaan seperti ini, ia adalah sukar untuk mempromosi wanita.

    “Penganjur perlu mengambil perhatian perkara ini, yang juga menjadi sebahagian tanggungjawab global kita. Kita perlu memiliki perlumbaan dalam TV.”

    Tanpa liputan televisyen, Lappartient berkata ia adalah sukar untuk menarik penajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda