Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lara umum ibunya hamil

    Anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana mengumumkan ibunya sedang hamil sambil menunjuk alat pengesan kehamilan menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG).

    Ia sekali gus mengesahkan spekulasi mendakwa pelakon drama 3 Dara Pingitan itu sedang hamil anak kedua.

    Lara memberitahu ibunya kini hamil dan bakal menjadi kakak dalam video itu. Lucunya, Lara turut memaklumkan akan mendapat adik lelaki. Ramai tergelak melihat keletah Lara seolah-olah mengetahui jantina adiknya.

    Menerusi kapsyen dalam video itu, Awal turut mengesahkan isterinya hamil.

    “Ia menjadi hadiah paling bermakna sempena menyambut ulang tahun ke-38 pada 6 Ogos lalu. Kami menanti kehadiran anak kedua. Insya-Allah, kandungan Scha sudah masuk empat bulan.

    “Doakan isteri dan anak dalam kandungan sihat. Semoga Scha dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

    “Saya bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT ini. Saya mohon doa yang terbaik buat kami sekeluarga,” kata Awal.

    Awal turut berseloroh menyatakan isterinya dalam fasa membenci melihat telefon bimbit.

    “Ada kala saya pun dia benci juga,” kata Awal bergurau. Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. – Agensi

    Awal mengesahkan isterinya, Scha hamil dalam kapsyen video yang dimuat turun di dalam laman Instagram. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda