Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larangan AS jejas pengajian Puteri Belgium?

    BRUSSELS, 30 JUN – Istana Diraja Belgium sedang meneliti kemungkinan kesan larangan kemasukan ke Amerika Syarikat (AS) terhadap Puteri Mahkota Elisabeth yang kini melanjutkan pelajaran di Universiti Harvard.

    “Kami sedang mengkaji kemungkinan implikasi keputusan pentadbiran Trump,” menurut kenyataan istana sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada dpa.

    “Kami mengambil masa untuk memantau perkembangan lanjut dalam beberapa hari dan minggu akan datang.”

    Pada pertengahan Jun, seorang hakim AS menghalang buat sementara waktu cubaan terkini pentadbiran Presiden Donald Trump untuk menghalang warga asing daripada menyertai Universiti Harvard.

    Perintah hakim itu membolehkan pelajar asing terus memasuki AS untuk menyambung pengajian di universiti elit itu sehingga kes berkenaan diselesaikan.

    Trump sebelum ini menuduh Harvard dan universiti lain berhaluan liberal kiri serta mengkritik mereka kerana tidak bersikap tegas dalam menangani isu anti-Semitisme.

    Puteri Mahkota Elisabeth dari Belgium kini mengikuti pengajian ijazah Sarjana dalam bidang Dasar Awam selama dua tahun di universiti berprestij yang terletak berhampiran Boston, menurut pihak istana. – Bernama

    Puteri Elisabeth memerhati semasa pertemuan dengan pesakit muda dari Hospital Kanak-kanak Puteri Elisabeth, di Istana Diraja Brussels, pada 25 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda