Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Larangan import minyak mentah EU, Rusia kerugian AS$171 juta sehari

    LONDON, 11 JAN – Larangan Kesatuan Eropah terhadap import minyak mentah dari Rusia dan penetapan had harga minyak mengakibatkan Rusia kerugian €160 juta (AS$171.7 juta) sehari, menurut Pusat Penyelidikan Tenaga dan Udara Bersih (CREA), hari ini.

    EU mengharamkan import minyak mentah dari Rusia dan insurans dan pembiayaan pengangkutan minyak Rusia ke negara ketiga, terutamanya melalui laluan maritim.

    Larangan EU berkuat kuasa pada 5 Disember 2022.

    Kumpulan negara perindustrian EU dan G7 bersetuju dengan penetapan harga minyak Rusia pada AS$60 setong berkuat kuasa hari yang sama.

    CREA mendapati hasil minyak mentah Rusia menyaksikan kejatuhan 32 peratus pada Disember disebabkan larangan import minyak mentah dan penetapan had harga, lapor Agensi Anadolu.

    Selepas Jerman menghentikan import minyak Rusia melalui saluran paip Druzhba pada akhir bulan lepas, ia menyebabkan pengurangan sebanyak 5 peratus.

    Talian paip Druzhba, juga dikenali sebagai Talian Paip Persahabatan, ialah saluran utama yang menyalurkan minyak ke Ukraine, Belarus, Poland, Hungary, Slovakia, Republik Czech, Austria dan Jerman.

    Menurut laporan itu, sejumlah 2.5 juta tong minyak mentah dan 700,000 tong produk petroleum telah diangkut menerusi saluran paip untuk negara EU pada Oktober.

    Walaupun terdapat penurunan pendapatan, Rusia masih memperoleh €640 juta sehari daripada hasil eksport bahan api fosil. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...