Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larangan import minyak sawit tidak jejas IKS

    SHAH ALAM, 5 Mei – Cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang import minyak sawit dilihat tidak menjejaskan pendapatan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menghasilkan produk berasaskan komoditi itu.

    Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, ini berikutan beberapa negara  besar lain termasuk India dan China yang masih menerima produk berasaskan minyak sawit dari negara ini. “Buat masa ini pasaran dalam negara dan pasaran dari negara lain yang menerima produk berkaitan sawit tiada masalah.

    Cuma EU sahaja dan itu akan kerajaan tangani secara khusus.

    “Pengusaha juga masih boleh guna minyak sawit. Jangan kita meletakkan ketidakpercayaan terhadap minyak kita kerana itu akan jadi kemenangan kepada pihak yang menentang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Eksport Produk IKS Bumiputera di sini, baru-baru ini. Mengulas selanjutnya, Mohd Hatta turut menyarankan usahawan IKS untuk terus menggunakan minyak sawit dalam menghasilkan pelbagai produk bagi membantu kerajaan menjayakan kempen Sayangi Sawitku. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda