Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larangan import produk petroleum Rusia ke EU berkuat kuasa

    BRUSSELS, 5 FEB – Larangan mengimport produk petroleum Rusia seperti diesel atau petrol ke Kesatuan Eropah (EU) dikuat kuasa hari ini.

    Langkah itu bertujuan untuk mengehadkan pendapatan Rusia dari membiayai operasi ketenteraannya ke atas Ukraine, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

    Menurut angka terbaharu dari agensi statistik EU Eurostat, Rusia mengeksport produk petroleum bernilai lebih AS$2.5 bilion ke EU pada Oktober.

    Langkah itu diputuskan pada Jun sebagai sebahagian daripada pakej sekatan keenam EU ke atas Rusia susulan pencerobohan ke atas Ukraine, tetapi mungkin mengecualikan sekatan untuk beberapa negara EU buat sementara waktu.

    Sebagai tambahan kepada sekatan itu, EU dan negara G7 iaitu Jepun, Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat bersetuju untuk hanya membenarkan perkhidmatan yang memudahkan eksport kepada negara ketiga jika produk petroleum Rusia dijual di bawah paras harga tertentu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda