Larangan jualan gading HK berkuat kuasa

HONG KONG, 31 DIS – Satu larangan ke atas produk-produk gading di Hong Kong berkuat kuasa hari ini, kemuncak daripada proses tiga tahun menghapuskan perdagangan yang suatu ketika dahulu giat dijalankan di bandar raya itu.

Penggubal undang-undang pada 2018 menyokong satu rang undang-undang memilih bagi larangan berfasa perdagangan itu – satu langkah yang dikritik sebagai jurang undang-undang yang boleh dieksploitasi, oleh sebahagian ahli pemuliharaan pada ketika itu.

Bandar itu dituduh memainkan peranan besar dalam industri itu, dengan satu laporan pada 2019 oleh kumpulan pemuliharaan tempatan mengatakan ia merangkumi satu perlima dalam rampasan gading global dalam dekad lalu.

Pada malam larangan, sejumlah kecil pembeli dikesan di luar beberapa kedai menjual produk itu di daerah Sheung Wan, menurut laporan media tempatan.

Larangan peraturan baharu dikuatkuasakan hari ini meliputi ‘import, mengeksport semula dan pemilikan komersial gading gajah,’ namun memberi pengecualian bagi barangan antik bertarikh sebelum 1925.

Pesalah boleh didenda maksimum HK$10 juta (AS$1.3 juta) dan 10 tahun penjara.

Dengan pelabuhan sibuk dan rangkaian pengangkutan lain, Hong Kong berkembang sebagai sebuah hab transit utama bagi perdagangan haram haiwan terancam seperti gajah, badak sumbu dan tenggiling – kebanyakannya bagi pelanggan di tanah besar China. – AFP

Seorang lelaki berjalan melepasi sebuah kedai gading yang ditutup di kawasan Jordan, Hong Kong, 31 Disember, ketika Hong Kong menguatkuasakan larangan jualan gading gajah. – AFP