Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larangan main mercun, bunga api

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Orang ramai diingatkan bahawa memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api adalah satu kesalahan undang-undang di negara ini.

    Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini mengeluarkan peringatan tersebut berikutan terdapat segelintir orang bermain mercun atau bunga api sekali gus tidak mematuhi larangan yang telah ditetapkan.

    Menurut PDB, Peraturan 15 Akta Senjata Api dan Bahan Letupan Negara Brunei Darussalam, Penggal 58 iaitu sekatan mengimport mercun, bunga api dan sebagainya menyebut sesiapa sahaja mengimport, membuat, menjual atau memiliki apa-apa mercun atau bunga api atau bahan mengandungi bahan letupan atau campuran bahan letupan boleh didakwa dan dihukum penjara lima tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta hukuman sebatan tiga kali dan tidak melebihi 12 kali sebatan.

    Sementara mengikut Seksyen 6, Undang-undang Kesalahan Kecil, Penggal 30 menyatakan mana-mana orang yang menyalakan atau membakar apa-apa bahan api hingga menyebabkan gangguan, kesulitan atau menimbulkan bahaya kepada orang awam atau melepaskan apa-apa belon api atau roket di mana-mana jalan awam adalah bersalah dan boleh dihukum denda $250.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda