Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larangan memancing mula dikuatkuasakan

    NANJING/GUANGZHOU/ SHANGHAI, 1 Mac – Larangan memancing tahunan di sungai-sungai China bermula hari ini sehingga 30 Jun depan.

    Larangan ini meliputi aliran utama anak sungai dan tasik di sepanjang sungai Yangtze, Huaihe, Minjiang dan Pearl. Hampir 10,000 orang dan 1,000 kapal d ari 21 kawasan dan wilayah akan bekerja untuk mencegah penangkapan ikan haram dan aktiviti yang berkaitan semasa moratorium itu. Kerajaan tempatan akan memberikan elaun kepada para nelayan yang terjejas akibat larangan tersebut.

    Larangan penangkapan ikan itu bertujuan untuk melindungi sumber-sumber akuatik dan biodiversiti tatkala aktiviti penangkapan ikan yang berlebihan akan mengancam sumber dayanya, kata jurucakap pihak berkuasa.

    “Tempoh larangan merangkumi musim penangkapan bagi kebanyakan kehidupan akuatik di sungai-sungai yang akan meningkatkan sumber daya akuatik dan membantu mengekalkan keseimbangan ekologi,” kata Chen Shi, pegawai di Wilayah Jiangsu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda