Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Larian amal tingkat kesedaran pernafasan melalui mulut

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Seramai 200 orang telah menyertai acara amal Mouth Breathing Awareness Charity Run yang berlangsung di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pagi tadi.

    Acara melibatkan dua kategori, 3km fun run dan 5km, itu dianjurkan sepenuhnya oleh lima orang pelajar pergigian Tahun 3 UBD iaitu Grace Kuan Qian Tung, Dayangku Nur Batrisyia binti Pengiran Mohammad Noor Joffren, Chua Teng Huey, Adeline Chong Hui Ru dan Chin Tzer Rong.

    Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bernafas melalui mulut yang merupakan tabiat berbahaya yang boleh memberi kesan pada individu daripada semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak kecil dan individu obes.

    Menurut penganjur, dalam kes obesiti, deposit lemak menyempitkan saluran pernafasan di saluran pernafasan atas yang menyebabkan aliran udara berkurangan dan mengakibatkan pernafasan mulut.

    Ini boleh membawa kepada masalah seperti peningkatan risiko karies gigi, jangkitan pernafasan, keabnormalan muka, menjejaskan perkembangan otak, dan banyak lagi.

    Oleh itu dengan mengadakan larian amal berkenaan, bukan sahaja akan membawa lebih perhatian kepada isu tersebut tetapi juga menyasarkan kepada salah satu punca utama.

    Acara seumpama ini merupakan satu pencapaian tinggi oleh pasukan pelajar Institut
    Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, UBD.

    Selain larian tersebut, mereka juga mengadakan beberapa sesi kongsi sama bersama sekolah-sekolah di seluruh negara, seperti Pusat Tingkatan Enam Belait, Pusat Tingkatan Enam Tutong, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, dan Pusat Tingkatan Enam Meragang.

    Di samping itu, turut diadakan acara seperti ceramah bersama ibu bapa di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan Freda Radin, ceramah kakitangan di Joffren Omar, dan juga mengadakan bengkel pernafasan yang akan datang di Pusat Kegiatan Warga Emas, Lambak Kanan.

    Antara peserta yang menyertai acara tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...