Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larian Cuaca Amal kutip hampir $13,000

     

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Hampir $13,000 telah berjaya dikutip untuk dana bagi membantu para pelajar berkeperluan khas dalam sumber pembelajaran dan peralatan khas yang mereka perlukan melalui Larian Cuaca Amal yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, hari ini.

    Larian anjuran Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam (BDMD) dengan kerjasama Unit Pendidikan Khas (UPK) itu telah disertai lebih 800 orang peserta.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan pelepasan peserta larian 3 km Stratocumulus Fun Run, 5 km Altostratus Fun Run dan 12 km Competitive Cirrocumulus Run itu ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bin Haji Sirat.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda