Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larian Kidz Dash meriah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Bersempena ulang tahunnya yang ke-20, Sekolah Seri Mulia Sarjana (SSMS) telah mengadakan Larian Kidz Dash yang berlangsung di kawasan Amhitheate Jerudong Park, di sini, awal pagi hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan larian ialah Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA) sebanyak $2,004.59 diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas SSMS, Chong Wee kepada Dato Paduka Awang Eddie.

    Dalam ucapannya, Chong Wee Meng memberitahu Kidz Dash merupakan salah satu usaha pihak sekolah berkenaan dalam menggalakkan para penuntut untuk sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dengan melakukan kegiatan bermanfaat seperti bersenam.

    Tetamu Kehormat berserta tetamu khas yang lain ketika merasmikan Larian Kidz Dash.
    Dato Paduka Awang Eddie bagi pihak DANA menerima sumbangan derma pada majlis berkenaan.
    Dato Paduka Awang Eddie turut melakukan senaman pemanasan badan sebelum larian bermula.
    Semasa Larian Kidz Dash bermula.

    Selain itu, dalam meraikan hari berkenaan, seluruh warga sekolah dan yang terlibat juga berkesempatan membantu anak-anak yatim di negara ini dengan menyalurkan sumbangan kepada DANA.

    Acara dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah yang dinyanyikan beramai-ramai oleh seluruh warga sekolah berkenaan dan ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

    Larian Kidz Dash dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian 3 kilometer dan 2 kilometer. Sebelum larian bermula, kesemua yang hadir bersama-sama melakukan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh Dance Synergy.

    Dengan kegiatan seperti ini, ia bukan sahaja akan dapat menjurus ke arah hidup sihat tetapi turut mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dengan penuntut serta warga sekolah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda