Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larian obor Olimpik bermula

    IWAKI, JEPUN, 25 MAC – Larian obor Olimpik Tokyo dimulakan hari ini selepas tertunda selama setahun akibat koronavirus, dengan pegawai berharap ia akan menjadi ‘sinar cahaya’ selepas masalah yang dicetuskan oleh pandemik.

    Penonton tidak dibenarkan menyertai acara dan pusingan pertama disebabkan kebimbangan koronavirus yang berterusan, dan memaksa penundaan bersejarah Sukan Olimpik 2020 setahun yang lalu.

    Tetapi mereka dibenarkan untuk berada di sepanjang laluan semasa larian hari ke-121, yang akan melalui seluruh Jepun dan melibatkan 10,000 orang pelari sebelum obor menyalakan kawah Olimpik pada 23 Julai.

    Penganjur berharap larian akan menghilangkan keraguan mengenai penganjuran Sukan Olimpik semasa pandemik dan ketua Tokyo 2020, Seiko Hashimoto menggelar obor sebagai ‘sinar harapan di penghujung kegelapan.’

    “Api kecil tidak pernah hilang harapan dan ia menanti hari seperti bunga yang hendak mekar,” dia berkata semasa acara di kompleks sukan J-Village di Fukushima, pangkalan bencana nuklear 2011.

    Azusa Iwashimizu, salah seorang pemenang Piala Dunia 2011 pasukan bola sepak wanita Jepun, yang pertama membawa obor, ditemani oleh bekas rakan sepasukannya
    Dia menyerahkan obor kepada penuntut sekolah tinggi Fukushima, Asato Owada, yang memakai baju putih berjalur merah.

    Sebilangan kecil peminat, memakai penutup mulut dan hidung, menyaksikan larian di bahagian kedua. Tetapi mereka tidak dibenarkan untuk bersorak atau membuat perhimpunan ramai demi keselamatan virus.

    “Saya rasakan ia kurang meriah kerana peraturan ini,” Tetsuya Ozawa memberitahu AFP di bandar Naraha.

    “Saya fikir lebih ramai yang akan hadir dan lebih meriah jika bukan disebabkan oleh koronavirus.” – AFP

    Azusa Iwashimizu memulakan larian obor Olimpik di kompleks sukan J-Village di Fukushima. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda