Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Larian UBD rai graduan, pelajar baharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Seramai 931 orang telah menyertai Larian Universiti Brunei Darussalam (UBD 2023) yang diadakan bersempena Majlis Konvokesyen UBD ke-35 bagi meraikan para graduan dan pelajar baharu UBD, yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini.

    Berkenan berangkat menyertai larian ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

    Turut hadir bagi menyertai acara tersebut ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Acara larian dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Fun Run 3 kilometer (km), larian kompetitif lelaki dan wanita 5km dan larian kompetitif lelaki dan wanita 10km.

    Para peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan UBD, alumni serta orang ramai.

    Tiga pelari terbaik bagi Larian Kompetitif Lelaki 5km ialah Mohammad Fathur Haji Zulkifli, Muhammad Zain bin Haji Matussin dan Ahmad Zawawi Rasit.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan menyertai acara larian tersebut bermula di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar oleh Rafi Rosli

    Tiga wanita teratas dalam kategori itu adalah Shazana Hamiroldzam, Nursyura Rosli dan Fazrina Tuah.

    Sementara itu, tiga pelari terbaik bagi Larian Kompetitif Lelaki 10km adalah Muhd ​​Haziq Syazwan Hermanti, Muhammad Amirul Hamdi Jamil dan Hulubalang Asgar Awang Abdul Malik bin Awang Hidup.

    Dalam bahagian wanita pula, pelari terbaik ialah Noor Hanisah Haji Abdul Ghani, Erin Liam dan Nurul Amal Hana Ahlina Wardina Athirah binti Muntassir.

    Sebahagian hasil daripada pendaftaran acara itu akan didermakan kepada Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan.

    Larian tersebut merupakan platform bagi warga UBD dan orang ramai untuk bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan menggalakkan gaya hidup sihat.

    Antara penaja yang mengambil bahagian dan memberikan sokongan ialah RYS Entertainment, Progresif Sdn Bhd, Persatuan Hotel-hotel Brunei (BAH), Hotel dan Apartmen Wafa, Treasure Cove, Sports Brunei Darussalam, UBD Corporation, Boeffi, Superwater Marketing, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Pahaytc, Network Integrity Assurance Technologies Sdn Bhd (NiaT), Nurul Waheedah Contractor, Cuckoo, Hui Huang Enterprise, Syarikat Perniagaan Malar Setia, Malar Setia Marketing, Aewon, Red Canopy Cafe dan Go Mamam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda