Latifi dedah diugut bunuh

LONDON, 24 DIS – Pemandu Williams, Nicholas Latifi mendedahkan Selasa lalu bahawa dia telah menerima ugutan bunuh berhubung peranannya dalam penamat kontroversi pada musim Formula Satu tahun ini di Grand Prix Abu Dhabi.

Max Verstappen dari Red Bull memintas pemandu Mercedes, Lewis Hamilton pada pusingan terakhir pada 12 Disember lalu untuk merangkul gelaran pertamanya dan menafikan saingannya dari Britan itu merangkul rekod makhota kelapan.

Latifi dari Kanada merempuh dinding dengan baki lima pusingan, yang membawa kepada penempatan kereta keselamatan. Itu memberi Verstappen masa untuk mendapatkan tayar yang baharu, membolehkannya memintas Hamilton apabila perlumbaan dimulakan semula.

Mercedes menarik balik rayuan tetapi ketua pasukan, Toto Wolff berkata Hamilton yang hampir pasti menang, telah ‘dirompak’ kejuaraan dunia. Latifi mengatakan dia telah bersedia untuk kecaman dan kata-kata kesat.

“Berbalik kepada perlumbaan hujung minggu, sebaik sahaja bendera kemenangan itu dijatuhkan, saya tahu bagaimana keadaan mungkin berlaku di media sosial,” menurut pelumba berusia 26 tahun itu.

Latifi berkata dia terkejut dengan ‘nada kebencian melampau, penganiayaan dan juga ugutan bunuh yang dterima’. – AFP

Aksi Nicholas Latifi semasa menjalani latihan untuk Grand Prix Formula Satu Abu Dhabi pada 10 Disember lalu. – AP