Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Latihan di ABM beri tonik tambahan buat Ee Yi-Yew Sin

    KUALA LUMPUR, 19 SEPT – Peluang menjalani kem latihat pusat bersama pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, nyata memberi tonik tambahan buat beregu profesional Malaysia, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022.

    Yew Sin berkata peluang yang diberikan itu mampu meningkatkan keyakinan mereka kerana dapat berlatih bersama pasangan nombor lima dunia, Aaron Chia-Soh Woi Yik sebagai rakan sparring untuk membuat persiapan terbaik sebelum bersaing pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

    Katanya, suasana di pusat latihan itu juga mampu menyuntik semangat beliau dan pasangannya memandangkan venue tersebut bukan asing buat mereka yang sebelum ini pernah menjadi pemain di bawah naungan BAM.

    “Saya rasa teruja untuk berlatih di sini sebab ini tempat saya berlatih dari remaja sampai sekarang, teruja jumpa kawan-kawan yang lain dan berlatih semula dengan pemain BAM.

    “Hari ini baru hari pertama, semuanya lancar dan saya harap seminggu ini kita dapat persiapkan diri dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di ABM hari ini.

    Pasangan itu yang kini menduduki ranking kesembilan dunia, sebelum ini pernah beberapa kali menjalani latihan mingguan di ABM sejak ‘dilepaskan’ BAM pada awal Januari 2020.

    Selain Ee Yi-Yew Sin, kem latihan hari ini turut disertai beregu campuran profesional Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, perseorangan wanita Goh Jin Wei dan perseorangan lelaki Cheam Jun Wei. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...