Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan latihan tembak menggunakan peluru hidup bermula hari ini hingga 20 Januari di Padang Tembak Polis Diraja Brunei, Jalan Muara.
PPDB dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa latihan itu akan bermula dari pukul 7 malam hingga 10 malam.
Sehubungan itu, orang ramai terutama mereka yang tinggal berdekatan kawasan tersebut dan melalui jalan berkenaan supaya diingatkan supaya tidak merasa cemas semasa latihan dijalankan.