Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan kebakaran penting kesiapsiagaan di tempat kerja

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV –Kakitangan dan warga kerja di pejabat Brunei Press, hari ini, telah dikejutkan dengan bunyi penggera kebakaran yang memenuhi ruang pejabat sekali gus telah menyebabkan kakitangan yang berada di pejabat ketika itu mengambil langkah segera untuk keluar dari bangunan berkenaan.

    Sebagai langkah keselamatan, semasa kejadian itu petugas-petugas yang mengenakan jaket keselamatan turut memainkan peranan mereka dalam mengawal keadaan dan menunjukkan jalan keluar yang selamat.

    Latihan simulasi ini untuk menguji kesiapsiagaan dalam menghadapi kecemasan kebakaran yang biasanya melibatkan bunyi penggera, pengosongan bangunan yang teratur dan perkumpulan di lokasi selamat yang ditetapkan.

    Dalam latihan kebakaran yang dikendalikan oleh 12 anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Beribi yang diketuai oleh DSO Rustam, bukan sekadar memenuhi keperluan prosedur tetapi merupakan langkah penting bagi memastikan keselamatan dan kesiapsiagaan setiap pekerja.

    Sebaik sahaja pekerja berhimpun di kawasan perhimpunan yang ditetapkan, dua jentera bomba dari Balai Bomba Beribi tiba di lokasi untuk mengawal kebakaran serta mengelakkan kerosakan pada bangunan dan penularannya ke premis berhampiran.

    Sementara pengamal pertolongan cemas yang bertauliah turut bersiap sedia untuk merawat individu yang cedera dan membawa mereka keluar dari bangunan.

    Apabila bangunan beroperasi seperti biasa, kejadian ini bukan hanya sekadar latihan, tetapi peringatan akan pentingnya kewaspadaan, terlatih dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di tempat kerja.

    Brunei Press menegaskan komitmennya untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat melalui latihan kecemasan berkala dan penambahbaikan berterusan terhadap prosedur keselamatan.

    Gambar-gambar anggota bomba semasa latihan kebakaran di bangunan Brunei Press.
    Kakitangan Brunei Press berkumpul di lokasi perhimpunan yang selamat. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda