Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Bagi meraikan dan memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-56 tahun, seramai 26 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli keluarga ABDB, semalam, telah mengadakan aktiviti latihan kecergasan.
Latihan kecergasan yang julung-julung kalinya diadakan oleh salah seorang peserta latihan, Haji Saifullah bin Haji Ramli ini adalah bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat masa kini yang mana latihan seumpama ini setaraf dengan latihan yang diadakan dalam rekrut.
Bagi meningkatkan semangat sambutan itu, para peserta juga mengenakan pakaian samaran sama seperti seorang anggota ABDB.
