Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Dalam menguji keupayaannya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) akan menjalankan Latihan Table Top dan Latihan Kesiapsiagaan Kecemasan Lapangan Terbang Lapangan pada 16 hingga 18 Oktober depan dengan tema Ke Arah Pertumbuhan Penerbangan Selamat.
Menurut DCA, latihan berkenaan adalah bagi memastikan kesediaan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam menangani kecemasan yang melibatkan operasi penerbangan dan perkhidmatan pembinaan terminal.
Hasil daripada latihan akan meningkatkan dan menguatkan tindak balas kecemasan untuk meningkatkan taraf keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).
Selain syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan lapangan terbang, latihan juga akan melibatkan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan terutamanya dari MTIC,
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei.
Sehubungan itu, DCA menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang dan memastikan tiada gangguan terhadap perkhidmatan lapangan terbang termasuk operasi penerbangan semasa sesi latihan.
Ini adalah bagi memastikan laluan udara dan barangan penumpang selamat semasa melalui LTAB, dan ia juga sejajar dengan objektif Pelan Strategik MTIC 2025 yang mana tiga pemacu asas iaitu keselamatan dan keamanan, kecemerlangan perkhidmatan, dan menggalakkan pertumbuhan yang mampan.
Sebagai sebahagian daripada keperluan keselamatan untuk lapangan terbang adalah untuk mempunyai keupayaan tindak balas kecemasan yang mencukupi selain DCA sebagai pengendali lapangan terbang yang bertanggungjawab mengetuai pelaksanaan Pelan
Kecemasan Lapangan Terbang (AEP).
Negara Brunei Darussalam melalui DCA sebagai ahli Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) komited sepenuhnya untuk memastikan operasi lapangan terbang dan operasi syarikat penerbangan mematuhi keperluan keselamatan, dan keselamatan ICAO Standard and Recommended Practices (SARPs) dan dengan Keperluan Penerbangan Brunei (BAR).


