Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan ketenteraan bersama tingkat keupayaan

    BEIJING, 12 NOV – Tentera China akan mengadakan latihan bersama dengan tentera Kemboja, Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam di wilayah Guangdong, selatan China pada pertengahan hingga akhir November, demikian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Kebangsaan hari ini.

    Bertemakan menentang keganasan dan mengekalkan keselamatan maritim, latihan itu akan menganjurkan latihan antikeganasan dan antilanun bersama dan secara langsung, menurut kementerian itu.

    Matlamatnya adalah untuk membantu para peserta meningkatkan keupayaan antikeganasan bandar, antikeganasan maritim dan antilanun serta memperdalam kepercayaan dan kerjasama ketenteraan untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau, kata kementerian itu. – Xinhua

    Gambar China Daily
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda