Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Latihan ketenteraan besar-besaran di Sumatera

-

BATURAJA, 12 OGOS – Tentera dari Amerika Syarikat (AS), Indonesia dan Australia menyertai latihan menembak, hari ini, sebagai sebahagian daripada latihan tempur bersama tahunan di pulau Sumatera.

Latihan diadakan ketika aktiviti maritim China sedang ditingkatkan di rantau Indo-Pasifik.

Lebih 5,000 anggota tentera dari AS, Indonesia, Australia, Jepun dan Singapura menyertai latihan yang digelar Perisai Super Garuda tahun ini, yang terbesar sejak 2009.

United Kingdom (UK), Kanada, Perancis, India, Malaysia, Korea Selatan, New Zealand, Papua New Guinea dan Timor Leste turut menghantar pemerhati ke latihan itu, yang bermula awal bulan ini.

Ia bagaimanapun dilihat sebagai ancaman oleh China. Media China menuduh AS membina pakatan Indo-Pasifik yang dikatakannya sama dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mengekang pengaruh ketenteraan dan diplomatik negara itu yang semakin meningkat di rantau ini.

Gerakan latihan tentera AS dan Indonesia di padang ketika menyertai Perisai Super Garuda di Baturaja, selatan Sumatera, 12 Ogos. – AP

Panglima Indo-Pasifik AS, Laksamana John C Aquilino, berkata pembabitan 14 negara dalam latihan itu menandakan hubungan mereka semakin kukuh ketika China bertegas mahu menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan melancarkan latihan yang mengancam Taiwan.

“Kami cuba mengelakkan tindakan goyah seperti mana dilakukan China membabitkan aktiviti mengancam dan tindakan terhadap Taiwan.

“Kami akan terus membantu memastikan Indo-Pasifik bersifat bebas dan terbuka selain sentiasa bersedia apabila kami perlu bertindak balas terhadap sebarang kebarangkalian,” katanya pada sidang media bersama ketua tentera Indonesia, Jeneral Andika Perkasa di Baturaja.

Indonesia dan China mempunyai hubungan yang secara umumnya adalah positif, tetapi Jakarta sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai tindakan yang disifatkannya sebagai pencerobohan China dalam zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan.

Latihan tempur bersama itu dijadualkan berakhir Ahad ini. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -