Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan keusahawanan akan diberikan – Redzuan

    KUALA LUMPUR, 31 Okt – Kementerian Pembangunan Usahawan akan memberikan latihan keusahawanan kepada kira-kira 50,000 graduan tempatan yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini tetapi tidak menceburinya.

    Menterinya, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata inisiatif ini adalah antara usaha kerajaan dalam memupuk sifat keusahawan dalam kalangan golongan muda.

    “Inisiatif ini, Program Penajaan Industri (Industry Sponsorship Programme) adalah antara yang dirancang tahun hadapan yang memfokuskan kepada golongan muda sebagai cabaran untuk menukar minda mereka menjadi usahawan muda dan berjaya,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau menjawab pertanyaan Nor Azrina Surip (PKR-Merbok) berhubung usaha kerajaan dalam meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan usahawan muda untuk bersaing dalam situasi ekonomi semasa.

    Mohd Redzuan berkata, terdapat peningkatan pencapaian dari segi kesedaran anak muda di sektor keusahawanan, bagaimanapun peningkatan itu tidak begitu memberasangkan.

    “Kementerian sentiasa serius dalam memperkasakan peniaga kecil dan usahawan muda dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa.

    “Terdapat beberapa inisiatif lain yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah pemerkasaan ini,” katanya.

    Oleh yang demikian, antara program yang dilaksanakan bagi membantu peniaga kecil dan usahawan muda adalah Skim Prosper Usahawan Muda oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda