Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan kukuh kerjasama Rusia, China

    MOSCOW, 19 DIS – Moscow mengumumkan hari ini beberapa kapal perangnya akan mengambil bahagian dalam latihan tentera laut pada minggu ini dengan tentera laut Beijing, ketika Rusia dan China memperkukuh hubungan di tengah tekanan dari Barat.

    Kementerian pertahanan Rusia berkata latihan akan diadakan di antara 21 dan 27 Disember di Laut China Selatan, dengan tujuan ‘memperkukuh kerjasama tentera laut’ di antara Moscow dan Beijing.

    Latihan termasuk tembakan peluru berpandu, artileri dan latihan memerangi kapal selam, menurut kenyataan.

    “Matlamat utama latihan adalah untuk memperkukuh kerjasama di antara Persekutuan Rusia dan Republik Rakyat China selain mengekalkan kestabilan di rantau Asia Pasifik.

    Ia berkata China akan menggabungkan dua kapal pembinasa, kapal peronda, kapal bekalan dan kapal selam dalam latihan itu.

    “Pesawat udara dan helikopter tentera laut Armada Pasifik dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat juga akan terlibat dalam latihan ini,” kata kementerian.

    Bekas sekutu Perang Dingin dengan hubungan bergolak, China dan Rusia telah menjadi semakin rapat dalam beberapa tahun ini sebagai sebahagian daripada hubungan ‘tiada terbatas’ bertujuan mengimbangi pengaruh global Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda