Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan maritim berakhir

    KUALA LUMPUR, 30 Jan – Bagi menangani kegiatan pelanunan di laut termasuk operasi mencari dan menyelamat, agensi maritim Malaysia dan pengawal pantai Jepun telah mengakhiri latihan bersama semalam yang berlangsung selama seminggu dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kira-kira 200 orang anggotanya terlibat dalam latihan yang bermula 24 Januari di timur laut pelabuhan Kuantan. Manakala, Pengawal Pantai Jepun telah menghantar sebuah kapal peronda Tsugaru bersama 60 anak kapal, dan dua buah kapal dari Malaysia telah terlibat semasa latihan berkenaan termasuk KM Pekan, salah sebuah kapal yang diserahkan Jepun kepada Malaysia, tambah agensi berkenaan.

    Katanya lagi, ia merupakan latihan kali yang ketiga dalam tempoh lima tahun untuk membantu membina kapasiti kerana “rompakan di laut dan jenayah maritim rentas sempadan masih menjadi ancaman signifikan di zon maritim Malaysia.” Latihan berkenaan meliputi beberapa senario bagi menangani aktiviti pelanunan di laut, operasi mencari dan menyelamat serta melatih kru untuk mendaratkan helikopter di atas kapal.

    Menurut kenyataan pengarah agensi penguatkuasaan, Kapten Zainin Abdul Majid berkata: “Latihan berkenaan akan membantu meningkatkan kerjasama dalam menangani sebarang ancaman di perairan maritim negara.” – AP

    Helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berlegar-legar di atas kapal yang dicerobohi perompak dalam latihan bersama Japan Coast Guard di perairan Kuantan, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda