Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan menembak 2 hingga 30 Jan ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, mengumumkan bahawa PDB akan mengadakan latihan menembak menggunakan senjata dengan peluru hidup bermula 2 Januari 2019 hingga 30 Januari 2019 bermula pukul 8 pagi hingga 4:30 petang di Kompleks Padang Tembak PDB, Jalan Aman, Kampung Sungai Akar.

    Sehubungan dengan itu, pihak PDB menyeru kepada orang ramai yang tinggal berdekatan kawasan berkenaan untuk tidak menghampiri kawasan berkenaan dan tidak merasa cemas semasa latihan dijalankan di mana latihan itu akan menggunakan peluru hidup dan bunyi letupan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda