Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan menembak diperkenal di 36 sekolah Ukraine

    KYIV, UKRAINE, 18 JAN – Sekolah di barat Ukraine melancarkan latihan menembak senapang dan pistol menggunakan perisian interaktif, kata seorang pegawai wilayah hari ini, menandakan bagaimana pencerobohan Rusia hampir dua tahun telah memberikan kesan kepada kehidupan sekolah.

    Peperangan tersebut telah menjejaskan sistem pendidikan Ukraine, memaksa kelas dalam talian ketika pertempuran memusnahkan kemudahan sekolah dan pegawai memperkenalkan kurikulum zaman perang, termasuk latihan menembak dan memandu dron.

    “Pelajar sekolah menengah Prykarpattia akan belajar menembak menggunakan sistem interaktif selamat di kelas Pertahanan Ukraine,” kata Gabenor Svitlana Onyshchuk dari wilayah Ivano-Frankivsk barat di media sosial.

    Beliau berkata latihan itu akan diperkenalkan di 36 buah sekolah di wilayah barat, yang menikmati suasana yang agak tenang semasa pertempuran selama 23 bulan di timur.

    “Sistem berkenaan adalah mudah alih dan terdiri daripada peralatan multimedia, perisian dan sampel senjata,” katanya di media sosial.

    Beliau berkata latihan itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk ‘meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan pendidikan ketenteraan dan patriotik’.

    Kyiv berkata pertempuran menentang tentera Rusia telah menyebabkan hampir 3,500 kemudahan pendidikan rosak dan 365 musnah sepenuhnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda