Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan bahawa PDB akan mengadakan Latihan Tembak Peluru Hidup Bagi Pengiring Polis Kawalan Diraja bermula 16 Mac hingga 19 Mac nanti.
Latihan-latihan berkenaan akan diadakan pada 16 Mac hingga 19 Mac iaitu dari Isnin hingga Khamis bermula pukul 7 pagi hingga 5 petang di Kompleks Padang Tembak, PDB, Jalan Muara, Kampung Sungai Akar.
Sehubungan dengan itu, PDB ingin memaklumkan kepada orang ramai dan penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan kawasan berkenaan supaya tidak berasa cemas sepanjang latihan dijalankan.