Gambar ramai pegawai kerajaan dari Jabatan Mekanikal dan Kejuruteraan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, dan guru Kursus Penyejukan dan Penghawa Dingin dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah yang mengikuti latihan anjuran AEC Sdn Bhd, baru-baru ini.
Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif AEC untuk memperkenalkan penghawa dingin gas penyejuk baharu R32 yang lebih mesra alam, kos efektif, jimat tenaga dan mempunyai gas kapasiti penyejukan yang lebih tinggi berbanding penghawa dingin yang terdapat di pasaran pada masa ini. – Gambar serahan AEC Sdn Bhd