Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Bagi melancarkan dan memantapkan perjalanan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H/2018M yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok, latihan penuh musabaqah berkenaan telah diadakan pagi tadi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Berangkat dan hadir bagi menyaksikan latihan ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/2018M.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)