Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan penuh perarakan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, masyarakat Islam di negara ini khasnya dan penduduk Islam dunia amnya akan menyambut Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1439 Hijrah.

    Di Negara Brunei Darussalam yang majoriti penduduknya beragama Islam seperti lazimnya akan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara besar-besaran dengan Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara Tahun 1439 Hijrah yang bakal diadakan secara serentak di keempat-empat daerah dengan tumpuan utama di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, pada 13 Rabiulawal 1439H bersamaan 2 Disember 2017M, jam 7 pagi.

    Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran acara itu nanti, latihan penuh bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara Bagi Tahun 1439 Hijrah telah diadakan pagi tadi di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini.

    Berangkat pada sesi latihan itu ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

    Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyaksikan latihan penuh perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.
    Latihan penuh Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara Bagi Tahun 1439 Hijrah telah diadakan pagi kelmarin di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Juga hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H;  Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara Tahun 1439H; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja’ah; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) di KHEU, Haji Serudin bin Haji Timbang.

    Tema bagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara bagi Tahun 1439 Hijrah adalah ‘Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda