Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Latihan perang China tamat

    PINGTAN, CHINA, 10 APRIL – China mengisytiharkan ia telah ‘berjaya menyelesaikan’ tiga hari latihan perang di sekitar Taiwan hari ini, selepas ia mengerahkan berpuluh-puluh pesawat untuk melancarkan serangan simulasi dan sekatan udara ke atas pulau tersebut.

    Beijing mengadakan latihan itu sebagai tindak balas kepada pertemuan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy minggu lalu, pertemuan yang diberi amaran akan me-nimbulkan tindak balas yang kuat.

    Selepas tiga hari latihan, tentera China berkata ia telah “berjaya menyelesaikan” tugas yang berkaitan dengan latihan Joint Sword.

    Latihan itu “menguji secara menyeluruh keupayaan tempur bersepadu bersama beberapa cabang tentera di bawah keadaan pertempuran sebenar”, kata Komando Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dalam satu kenyataan.

    Latihan perang itu menyaksikan Beijing mensimulasikan serangan yang disasarkan ke atas Taiwan dan mengepung pulau itu, termasuk “menutupnya” dan laporan media negara mengatakan berpuluh-puluh pesawat telah melakukan ‘sekatan udara’.

    Satu daripada dua kapal pengangkut pesawat China, Shandong turut “menyertai latihan hari ini”, kata tentera.

    Secara berasingan, Beijing memberi amaran bahawa kemerdekaan Taiwan dan keamanan rentas selat adalah “saling eksklusif”, menyalahkan Taipei dan “kuasa asing” yang menyumbang kepada ketegangan.

    “Jika kita mahu melindungi keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan, kita mesti tegas menentang sebarang bentuk pemisahan kemerdekaan Taiwan,” jurucakap kementerian luar, Wang Wenbin memberi amaran.

    Sekutu rapat China, Russia mempertahankan latihan itu, dengan jurucakap Kremlin berkata Beijing mempunyai “hak berdaulat” untuk bertindak balas terhadap apa yang Moscow panggil sebagai “tindakan provokatif”. – AFP

    Skrin di luar memaparkan latihan Joint Sword yang baru selesai di sekitar Taiwan yang menggambarkan peluru berpandu sedang disediakan semasa siaran berita petang di Beijing, kelmarin. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...