Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan sambutan Hari Keputeraan giat dijalankan

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

     

    TEMBURONG, 9 Julai – Sebagai persediaan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 Tahun bagi Daerah Temburong, latihan telah giat dilaksanakan di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

    Sehubungan itu, hari ini, latihan penuh telah diadakan di padang berkenaan di mana hadir bagi menyaksikan latihan dan meninjau persiapan yang dilakukan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Peraya-an Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71.

    Latihan itu menumpukan sepenuhnya kepada atur cara keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Bercemar Duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk di Daerah Temburong dengan tema persembahan khas ‘Raja Berwawasan, Negara Terpimpin’ dengan konsep gerak laku berirama.

    Turut hadir dalam tinjauan tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN, Haji Idris bin Haji Ali dan Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar; serta Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud selaku pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi bagi Daerah Temburong.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika meninjau persiapan sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-71 di Daerah Temburong.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika meninjau persiapan sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-71 di Daerah Temburong.
    Antara aksi para peserta semasa menyertai latihan persiapan untuk sambutan Hari Keputeraan.
    Antara aksi para peserta semasa menyertai latihan persiapan untuk sambutan Hari Keputeraan.
    Antara pegawai yang terlibat dalam latihan persiapan Hari Keputeraan.
    Antara pegawai yang terlibat dalam latihan persiapan Hari Keputeraan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda