Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Latihan Steadfast Defender 24 bermula

    BRUSSLES, 25 JAN – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kelmarin memulakan latihan ketenteraan terbesarnya sejak Perang Dingin dengan kapal perang Amerika Syarikat meninggalkan negaranya untuk menyeberangi Laut Atlantik ke wilayah perikatan di Eropah.

    Perikatan tentera Barat itu berkata kira-kira 90,000 tentera akan mengambil bahagian dalam latihan Steadfast Defender 24 yang berlangsung selama beberapa bulan untuk menguji pertahanannya dalam menghadapi peperangan Rusia di Ukraine.

    “Perikatan itu akan menunjukkan keupayaannya untuk mengukuhkan kawasan Euro-Atlantik melalui pergerakan tentera rentas Atlantik dari Amerika Utara,” kata Jeneral Christopher Cavoli, Komander Tertinggi Bersekutu NATO Eropah.

    Steadfast Defender 2024 akan menjadi bukti yang jelas mengenai kesatuan, kekuatan dan keazaman kita untuk melindungi satu sama lain, nilai-nilai kita dan keamanan berasaskan peraturan antarabangsa.”

    Latihan tersebut direka untuk meniru tindak balas pakatan 31 negara terhadap serangan daripada musuh seperti Rusia.

    Ia akan terdiri daripada siri latihan individu yang lebih kecil dan akan menjangkau kawasan dari Amerika Utara ke bahagian timur NATO, berhampiran dengan sempadan Rusia.

    Kira-kira 50 kapal tentera laut, 80 pesawat dan lebih 1,100 kenderaan tempur akan mengambil bahagian.

    Latihan itu – yang terbesar sejak latihan Reforger 1988 semasa Perang Dingin – dilakukan ketika NATO memperbaharui pertahanannya sejak Rusia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...