Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa latihan tembak PPDB akan diadakan di Kompleks Padang Tembak Polis Diraja Brunei, Simpang 338, Jalan Muara, Kampung Sungai Akar pada 10 Ogos bermula 8 pagi hingga 4:30 petang.
Sehubungan itu, orang ramai digesa supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang latihan itu dijalankan.
