BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memaklumkan bahawa satu sesi latihan tembak akan diadakan di Kompleks Padang Tembak Polis Diraja Brunei, Jalan Muara pada 26 hingga 29 Mei bermula pukul 8 pagi hingga pukul 4:30 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, PPDB memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang latihan dijalankan.
