Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan tentera AS, Australia diteruskan

    BRISBANE, 1 JUN – Satu latihan tentera bersama Amerika Syarikat (AS)-Australia akan diteruskan pada tahun ini meskipun kebimbangan pandemik tetapi ia akan dikurangkan dari segi saiz, kata pegawai kanan tentera Australia hari ini.

    Latihan perang ‘Talisman Sabre’, dilihat sebagai simbol perikatan negara, akan diadakan pada Julai, tetapi separuh daripada saiz biasa, memandangkan jumlah tentera asing yang memasuki Australia adalah terhad.

    Laksamana David Johnston berkata kira-kira 17,000 kakitangan akan mengambil bahagian, dengan 2,000 tentera asing memasuki Australia dan menjalani kuarantin selama 14 hari. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda