Monday, December 30, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Latihan tingkatkan teknik kimpalan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – SEAMEO VOCTECH telah menganjurkan program latihan khas bertajuk ‘The Use of Simulator and Augemented Reality Technology in Welding Training Programme’ kepada komuniti TVET di Negara Brunei Darussalam bermula kelmarin hingga hari ini.

    Program latihan tersebut melibatkan tenaga pengajar teknologi kimpalan dari sektor awam dan swasta di Negara Brunei Darussalam dan disertai 12 orang peserta dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Pakar Tenaga Bersatu Sdn Bhd (PTB), dan Syarikat Jofren Omar Sdn Bhd bersama dengan kakitangan SEAMEO VOCTECH.

    Teknologi terkini dan canggih tersebut berpotensi untuk mengubah cara latihan kimpalan yang dijalankan pada masa ini.

    Pelajar dan profesional dapat mensimulasikan suasana dalam kimpalan yang sebenar dalam keadaan persekitaran yang terkawal dan selamat, dibantu oleh realiti imbuhan (AR).

    Program dijalankan oleh wakil Seabery Soluciones, melalui wakil serantaunya yang berpangkalan di Indonesia, Hidayat.

    Sesuai dengan inisiatif Teknologi Hijau untuk TVET pada masa ini, penggunaan peralatan simulasi kimpalan untuk menjalankan latihan akan dapat meningkatkan lagi teknik pengimpalan yang betul.

    Selain itu, ia juga memenuhi keperluan standard industri serta mengelakkan individu dari terdedah kepada gas merbahaya yang sering terhasil semasa melaksanakan kerja-kerja kimpalan.

    Salah seorang peserta menyertai latihan kimpalan menggunakan teknologi AR.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda